
SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.
Selepas menikmati kemenangan pertama di laman sendiri dengan mengejutkan Sri Pahang FC sebelum ini, kali ini NSFC tidak berupaya menyekat kehebatan Sabah yang tampil lebih kemas di gelanggang lawan.
Meskipun memulakan perlawanan dengan terlebih dahulu melancarkan serangan, Sabah yang memperoleh sepakan sudut selepas itu berjaya menyingkap gol pembukaan menerusi Saddil Ramdani pada minit kelima.
Bersambung babak kedua, Sabah menggandakan jaringan melalui pemain gantian, Joao Pedro pada minit ke-71.
Minit ke-82, NSFC akhirnya berjaya merobek gawang Sabah hasil penyudah Hein Htet Aung namun sudah terlambat untuk menyekat kemenangan pelawat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.