comscore
Tumpuan :
Sukan

Sabah FC dan KL City berentap rebut Piala Sabah Maju Jaya

Miroslav dan Kim Swee ditemani ayam tambatan masing-masing, Paulo Josue serta Darren Lok pada sidang media perlawanan akhir Piala Sabah Maju yang berlangsung di Stadium Likas malam esok. – FOTO: Ihsan Sabah FC

KOTA KINABALU: Aksi final saingan pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) menyaksikan pertemuan Sabah FC menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Likas, di sini, malam esok.

Ia pasti menarik selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan liga satu pusingan Rabu lalu.

Sabah FC bernasib baik ke final selepas seri 0-0 menentang Kuching City membolehkan mereka mengumpul lima mata untuk berada di tangga kedua, satu mata mengatasi Kuching City.

Manakala Kuala Lumpur mara ke perlawanan akhir dengan mata tertinggi tujuh mata.

Bagi Ketua jurulatih KL City Miroslav Kuljanac berkata dia berpuas hati dengan prestasi pasukannya dalam Piala SMJ selepas dua menang dan satu kalah, selain mahu skuad ‘City Boys’ itu mengekalkan momentum tersebut dalam perlawanan akhir esok.

Pengendali Sabah FC  Datuk Ong Kim Swee juga  menyembunyikan hasrat menjulang kejuaraan, namun beliau juga mahu memastikan tiada kecederaan dalam kalangan pemain menjelang perlawaan pertama Liga Super pada 12 Mei ini.

Sementara itu, Kuching City  akan  menentang pasukan jemputan dari Singapura Hougang United, di Stadium Likas petang esok untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Hougang gagal meraih sebarang mata, tewas ketiga-tiga perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini