Tumpuan :
Sukan

Sabah FC mengamuk di Shah Alam

SHAH ALAM: Perlawanan tunggal Liga Super malam ini, menyaksikan Sabah FC berpesta gol, menewaskan Kelantan FC 7-0 di Stadium UiTM Shah Alam.

Separuh masa pertama Sabah FC mendahului 3-0, dengan Jafri Chew membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti minit ke-25.

Empat minit kemudian Farhan Roslan mengandakan jaringan Sabah sebelum pemain pertahanaan Rizal Razali menyumbat gol ketiga sepuluh minit berselang.

Kehilangan empat tonggak yang menyahut tugasan skuad kebangsaan nyata tidak menjejaskan rentak  skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee apabila menambah empat lagi gol pada babak kedua.

Irfan Fazail melebarkan kedudukan 4-0 selepas sebelas minit permainan bersambung.

Dua minit kemudian menyusul gol kelima Sabah hasil percubaan Telmo Castanheira.

Tidak terhenti setakat itu, pintu gol Kelantan FC bolos lagi, kali ini menerusi jaringan Ramon Machado pada minit ke-70.

S. Kumaahran melengkapkan kemenangan 7-0 Sabah FC seminit sebelum wisel penamat.

Kemenangan ini membolehkan Sabah FC melonjak ke tangga ke-4 memintas Sri Pahang dengan mengumpul 45 mata, satu mata mengatasi skuad Pantai Timur itu.

Loading...
Terkini