comscore
Tumpuan :
Sukan

Sabah muncul juara keseluruhan MSSM 2024

Sabah juara keseluruhan MSSM. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Sabah dinobat selaku juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 selepas meraih 23 pingat emas selain menyaksikan 18 rekod berjaya dipecahkan.

Pelari dari Pulau Pinang, Muhammad Sayyid Amin Roslan antara yang paling menonjol apabila menampilkan larian luar biasa dengan memecah rekod sebanyak dua kali dalam acara 200 meter (m) lelaki Bawah 18 Tahun (B-18) bermula di separuh akhir dengan catatan 21.42 saat (s) dan memadam rekod lama, 21.59s milik Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan.

Di final, Sayyid sekali lagi melakukan rekod baharu dengan kepantasan 20.94s sekali gus memperbaharui rekod dirinya sendiri.

Sementara itu, atlet lompat kijang dari Kelantan, Alia Batrisyia Nasaruddin pula memenangi olahragawati selepas berjaya meraih satu emas dan satu perak dan memecah rekod 11 tahun dalam acara itu bagi kategori wanita B-18 dengan lompatan sejauh 12.62m.

Kejohanan MSSM itu bermula pada Mei lalu dengan acara Larian Merentas Desa di Putrajaya, diikuti di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Selangor, dan acara terakhir adalah olahraga yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh dengan 18 rekod baru berjaya tercipta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini