comscore
Tumpuan :
Sukan

Sabalenka pertahan kejuaraan Terbuka Australia

Aksi Aryna Sabalenka bersama trofi juara Terbuka Australia selepas mengalahkan pemain China, Qinwen Zheng 6-3, 6-2 dalam perlawanan akhir. – FOTO: REUTERS

MELBOURNE: Pemain tennis nombor dua dunia, Aryna Sabalenka mengucapkan terima kasih kepada keluarganya kerana menjadi motivasi kepadanya untuk menjuarai Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut.

Sabalenka yang berasal dari Belarus berkata apa yang dilakukannya adalah untuk mereka.

“Saya tidak pernah bercakap tentang keluarga saya dalam setiap ucapan saya apabila saya menang sebelum ini tetapi terima kasih atas semua yang anda telah lakukan untuk saya,” katanya.

Sabalenka, 25, menjuarai Terbuka Australia 2024 apabila menundukkan pilihan ke-12, Qinwen Zheng dari China 6-3, 6-2 petang tadi.

Aksi Aryna Sabalenka ketika membalas pukulan Qinwen Zheng dalam perlawanan akhir Terbuka Australia 2024. – FOTO: REUTERS

Kejayaan itu menjadikan beliau wanita pertama menjuarai Terbuka Australia dua kali berturut-turut sejak kali terakhir dilakukan rakan senegara, Victoria Azarenka pada tahun 2013.

Ia juga adalah gelaran grand slam kedua pernah diperolehinya.

Sabalenka bijak menggunakan kelebihan servis deras dan pukulan kilas untuk memerangkap Zheng.

Perlawanan akhir perseorangan lelaki esok akan menemukan pilihan ketiga, Daniil Medvedev dari Russia dengan pilihan keempat, Jannik Sinner dari Itali.

Loading...
Terkini