comscore
Tumpuan :
Sukan

Saka diumum pemain terbaik tahunan England buat kali kedua

Saka pernah dipilih Pemain Muda Terbaik Musim PFA selain tersenarai dalam Pasukan Liga Perdana Tahunan PFA. Foto: REUTERS

LONDON: Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris menamakan Bukayo Saka sebagai Pemain Terbaik Tahunan Lelaki England buat tahun kedua berturut-turut.

Pemain Arsenal berusia 22 tahun itu diundi sebagai pemain paling cemerlang bagi musim 2022-23 oleh peminat, mengatasi pemain tengah Jude Bellingham dan penyerang Harry Kane, yang masing-masing di tangga kedua dan ketiga.

Saka, yang membuat kemunculan sulung bersama England pada Oktober 2020, menjaringkan tujuh gol dalam 10 perlawanan bagi tempoh 12 bulan terakhir bersama pasukan kebangsaannya – termasuk tiga gol pada Piala Dunia 2022.

Dia dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika England menang besar 6-2 ke atas Iran pada aksi pertama di Qatar, selain kemenangan ke atas Ukraine dan Macedonia Utara pada aksi kelayakan Euro 2024, perlawanan terakhir turut menyaksikannya meledak hatrik pertama dalam kariernya.

Saka, yang terkejut mendapat tahu berita di pusat latihan England, St George’s Park, ketika menyambut hari jadinya ke-22, baru-baru ini dipilih sebagai Pemain Muda Terbaik Musim PFA selain tersenarai dalam Pasukan Liga Perdana Tahunan PFA.

Pemain Terbaik Tahunan Wanita England bagi musim 2022-23 akan diumumkan kemudian, kata FA. – REUTERS

Loading...
Terkini