comscore
Tumpuan :
Sukan

SAM terima suntikan dana KBS sebanyak RM30,000

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bersama sebahagian penerima program Kasih Prihatin Back to School dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima suntikan dana sebanyak RM30,000 daripada daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bagi terus menjaga kebajikan ahli serta keluarga kelab berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kaedah saluran dana itu diserahkan sepenuhnya kepada barisan kepimpinan SAM, yang diketuai Presidennya Norismadi Abd Manap.

“Selalunya geran (dana) yang kita turunkan kepada persatuan hanya untuk aktiviti dan program rasmi mereka seperti latihan dan semua itu, (namun) RM30,000 ini khas untuk program kebajikan yang mereka fikirkan sesuai mereka bagikan kepada ahli-ahli persatuan,” katanya.

Hannah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan peralatan sekolah kepada 222 penerima menerusi program Kasih Prihatin Back to School dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala di sini hari ini.

Sementara itu, Norismadi yakin dana berkenaan akan digunakan sebaiknya terutamanya dengan kehadiran bulan Ramadan yang akan bermula Selasa.

“…insya-Allah akan diteruskan pada tahun ini untuk memberi bantuan kepada ahli-ahli dan juga bekas wartawan-wartawan sukan yang memerlukan,” katanya.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini