Tumpuan :
Sukan

Sarjit tak letak sasaran di Ipoh

KUALA LUMPUR: Enggan memberi tekanan kepada pemain, jurulatih baharu hoki kebangsaan, Sarjit Singh tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh yang bermula 4 Mei hingga 11 Mei.

Saingan yang menampilkan enam negara itu juga adalah tugasan besar yang pertama buat Sarjit selepas dilantik selaku jurulatih awal bulan ini.

“Saya cuma mahu peman beraksi baik dan memberikan yang terbaik,” kata Sarjit.

“New Zealand yang akan beraksi di Olimpik Paris akan menjadi pencabar kepada pasukan lain.

“Kita tak mengetahui kekuatan pasukan lain sama ada membawa pemain terbaik atau membariskan gabungan pemain senior dan remaja.

Pasukan negara akan memulakan kempen menentang Pakistan pada 4 Mei, diikuti Kanada (5 Mei), New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

Sarjit telah memanggil 46 pemain untuk menjalani latihan pusat sebelum dikecilkan kepada 30 pemain Isnin ini.

Senarai 18 pemain terakhir hanya akan diumumkan sehari sebelum kejohanan bermula dan akan menentang New Zealand pada perlawanan persahabatan di Ipoh pada 1 Mei.

Malaysia muncul juara buat kali pertama pada edisi 2022 pada kejohanan yang bermula pada 1983 itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini