comscore
Tumpuan :
Sukan

‘Saya harap Verstappen tidak bersara cepat’ – Marko

Verstappen dikenakan hukuman khidmat komuniti.

LONDON: Ugutan Max Verstappen untuk bersara daripada Formula Satu (F1) perlu diberi perhatian serius, menurut penasihat Red Bull, Helmut Marko.

Juara dunia tiga kali itu mengakui peraturan F1 boleh mempengaruhi masa depannya dalam sukan berkenaan selepas dikenakan hukuman khidmat komuniti oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) akibat menggunakan bahasa kesat ketika sidang media di Grand Prix (GP) Singapura.

Verstappen membantah hukuman itu dengan hanya memberikan jawapan ringkas ketika kedua-dua sidang media sebelum kelayakan dan perlumbaan di Singapura. Dia kemudiannya mengadakan sidang media berasingan di luar bilik rasmi media FIA.

Pelumba berusia 26 tahun yang mempunyai kontrak dengan Red Bull sehingga 2028 mengakui kesabarannya semakin hilang dan hukuman dikenakan mungkin mempercepatkan lagi persaraannya daripada F1.

Marko pula memberi amaran ugutan Verstappen adalah serius.

“Anda perlu menganggapnya serius. Dia mendapat kontrak lumayan tetapi penting bagi dia untuk menikmati sukan ini.

“Jika hukuman itu menjejaskannya sehingga dia berkata: Okay, cukuplah. Ini bermakna dia benar-benar serius tetapi saya berharap situasi itu tidak menyebabkab dia bersara dengan cepat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini