comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor FC Lawan Kelantan United Tanpa Tonggak Utama

Sharul Nazeem tidak dapat beraksi selepas menerima kad merah sebelum ini.

KUALA LUMPUR : Selangor FC bakal kehilangan tiga tonggak menjelang aksi Piala Malaysia menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Rabu ini.

Perkara terbabit dimaklumkan pengendali pasukan Tan Cheng Hoe yang akan menggunakan khidmat pemain muda bagi mengisi kekosongan ditinggalkan pemain itu.

Antara tonggak itu adalah pemain import tengah, Alex Agyarkwa dan pertahanan kental, Sharul Nazeem Zulpakar serta Safuwan Baharudin.

“Alex mengalami demam agak teruk juga selepas perlawanan dengan Penang FC tempoh hari dan dia mungkin tidak dapat diturunkan.

“Seorang lagi ialah Sharul Nazeem kerana dia dapat kad merah sebelum ini dan digantung perlawanan selain Safuwan yang masih cedera. Jadi kita akan turun dengan pemain yang ada dengan pemain muda sedia mengisi tempat.

“Saya harap keputusan positif mampu diraih apabila bermain di sana nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Skuad Red Giants bakal membuka kempen dengan reputasi hebat selaku juara 33 kali Piala Malaysia.

Kali terakhir Selangor memenangi trofi itu adalah pada 2015 selepas menewaskan Kedah di pentas akhir dengan 2-0 di Stadium Shah Alam. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini