comscore
Tumpuan :
Sukan

Selangor FC mara ke perlawanan akhir Piala Harapan 2023

FOTO: Facebook/ Selangor FC

BATU KAWAN: Selangor FC mara ke perlawanan akhir Piala Harapan 2023 selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 di Stadium Negeri Pulau Pinang, malam tadi.

Kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit permainan.

Sekalipun hujan lebat, pertembungan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC berjaya menarik perhatian kira-kira 8,000 penyokong.

Selangor FC kendalian Tan Cheng Hoe akan turun menentang tuan rumah, Penang FC di perlawanan akhir jam 9.00 malam esok.

Manakala Kedah Darul Aman FC bimbingan Nafuzi Zain dijadual berdepan Geylang International FC pada penentuan tempat ketiga dan keempat jam 5.45 petang, hari yang sama.

Piala Harapan 2023 merupakan platform terbaik buat pasukan bertanding menguji pemain sebelum menghadapi saingan Liga Malaysia, bulan ini.

Loading...
Terkini