comscore
Tumpuan :
Sukan

Semoga jadi inspirasi buat Harimau Muda

Pemain Harimau Muda mendengar amanat Garrido menjelang aksi menentang Vietnam malam esok. -Foto ihsan FAM

PETALING JAYA: Kejayaan Indonesia mengejutkan Australia 1-0 pada saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) dalam Kumpulan A di Doha, semalam diharap menjadi sumber inspirasi buat skaud Harimau Muda negara menjelang pertemuan menentang Vietnam malam esok.

Situasi yang didepani pasukan B-23 kebangsaan yang dibimbing jurulatih dari Sepanyol Juan Torres Garrido  dalam saingan Kumpulan D ketika ini mirip perjalanan skuad Garuda Muda itu.

Pada aksi pembukaan Kumpulan  A, Indonesia yang dilatih jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae Yong tewas kepada tuan rumah Qatar 0-2, namun berjaya bangkit menundukkan Australia.

Cerita serupa yang dialami Malaysia, kalah aksi pertama kepada Uzbekistan juga dengan jaringan sama dan esok tugasan kedua menyusul menentang rakan serantau Vietnam.

Cuma yang menjadi persoalan mampukah Harimau Muda mengalahkan Vietnam sesuatu yang turut sukar dilakukan pasukan senior bimbingan Kim Pan gon.

Bukan bernada negatif tetapi diambil kira kejutan Vietnam ke atas Kuwait 3-1 pada aksi pertama Kumpulan D, ada sesuatu yang perlu  diawasi oleh skaud Harimau Muda.

Anak-anak buah Garrido itu juga seharusnya mencabar diri sendiri untuk meraih kemenangan pertama di Doha sebagaimana yang berjaya dilakukan wakil Asia Tenggara yang mengambil bahagian

Thailand yang beraksi dalam Kumpulan C, turut melakar kejutan menumpaskan Iraq 2-0 pada Selasa.

Sebagai rekod empat wakil Asia Tenggara beraksi di Doha iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini