comscore
Tumpuan :
Sukan

Semua aktiviti sukan di Turkiye ditunda

Orang ramai mencari di celah-celah runtuhan berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di Diyarbakir, Turkiye. – Foto REUTERS

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

TURKIYE: Berikutan bencana gempa bumi yang melanda di Turkiye, semua aktiviti sukan di negara itu turut digantung.

Menerusi ciapan yang dimuat naik Dr. Mehmet Kasapoglu, Menteri Belia dan Sukan Turkiye, jam 4.38 petang waktu tempatan….

semua aktiviti organisasi sukan kebangsaan Turkiye telah digantung serta-merta sehingga notis seterusnya untuk kembali membenarkan aktiviti sukan dijalankan.

Antara yang terkesan, perjalanan saingan bola sepak Turkiye Super Lig yang memasuki minggu ke-22.

Tiga perlawanan yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok sudah pun mendapat notis ditunda.

Termasuklah perlawanan yang membabitkan pasukan tangga kedua liga, Fenerbache menentang Konyaspor.

Mujur tiada kejohanan besar peringkat antarabangsa diadakan di Turkiye ketika ini.

Paling hampir, Kejohanan Memanah Dalam Dewan Eropah yang dijadualkan berlangsung bermula 13 hingga 18 Februari nanti.

Namun, jangkaan awal kejohanan berkenaan tidak terjejas dan akan tetap diteruskan pada tarikh berkenaan.

Beberapa kawasan di Turkiye digegarkan dengan gempa bumi sekuat 7.8 skala richter dan telah mengorbankan lebih lima ratus mangsa.

Loading...
Terkini