comscore
Tumpuan :
Sukan

SEPAK TAKRAW: Malaysia cemas sebelum atasi Korea Selatan di suku akhir beregu 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tempat pertama di separuh akhir Piala Dunia ISTAF 2024 dalam acara beregu apabila membenam cabaran Korea Selatan 2-1.

Tuan rumah yang menurunkan Aidil Aiman Azwawi dan Mohd Noraizat Mohd nordin berdepan cabaran sengit Kim Youngcheol dan Shin Heesop di peringkat suku akhir beregu sebentar tadi.

Set pertama memihak negara 5-11, tetapi cabaran selepas itu kian bertambah dengan lawan tidak berputus asa memberikan tentangan.

Korea Selatan kemudian tampil membuat kejutan 17-15 untuk mengheret ke perlawanan penentuan.

Anak buah Ahmad Jais Baharun itu mujur berjaya mendapat semula rentak membolehkan menang 15-8 seterusnya melangkah ke separuh akhir berdepan Myanmar malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini