comscore
Tumpuan :
Sukan

Sepak Takraw: Malaysia tempah tempat suku akhir Piala Dunia ISTAF

KUALA LUMPUR: Pasukan sepak takraw negara mengesahkan slot ke fasa lapan terbaik dalam acara regu divisyen perdana Piala Dunia ISTAF selepas muncul juara kumpulan B.

Malaysia menewaskan Brunei 2-0 sekaligus mengutip empat mata di Stadium Titiwangsa malam ini.

Farhan Adam, Mohd Syahir Mohd Rosdi dan Mohd Azlan Alias bermula baik dengan merakam kemenangan 15-7 di set pertama.

Lawan yang diwakili Mohd Hafizzuddin Jamaluddin, Mohd Aliffuddin Jamaluddin dan Zatie Hidayat Saidi kemudian bergelut mencuri mata pada set kedua menyebabkan sukar memberi cabaran.

Merakam 15-7, Malaysia memastikan kemenangan kedua berturut-turut menerusi catatan serupa 15-7 yang menyaksikan Mohd Haziq Hairul Nizam dan Mohd Shahalril Aiman Halim dimasukkan menyambung tugasan.

Sebelum itu, pasukan beregu negara turut selangkah ke suku akhir apabila menang di perlawanan pertama menentang Brunei.

Aidil Aiman Azwawi, Mohd Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A`ripin mencatat keputusan 2-0 untuk memungut dua mata pertama.

Mereka mengatasi Ryota Haruhara, Yuki Sato dan Ryo Nakajima 15-9, 15-3 dalam tempoh 3 minit.

Lawan seterusnya esok ialah Brunei jam 9.30 minit malam untuk menentukan posisi juara kumpulan A.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini