comscore
Tumpuan :
Sukan

Sepak Takraw: Skuad negara tepati ramalan benam China

Skuad negara tidak berdepan masalah menewaskan China dalam aksi sulung regu Piala Dunia ISTAF 2024 di Stadium Titiwangsa.

KUALA LUMPUR: Malaysia bermula dengan langkah kanan dalam Piala Dunia ISTAF 2024 apabila merakam kemenangan meyakinkan.

Menurunkan gandingan Mohd Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Mohd Azlan Alias (apit kanan), lawan terpaksa akur dengan keputusan tewas 2-0.

Wu Haoran, Zhang Ruhao dan Fan Xu tunduk di set awal 6-15.

Cubaan China memberikan tentangan lebih sengit selepas itu juga lebur dengan kekalahan 7-15.

Pertemuan divisyen perdana kumpulan B itu berlangsung lebih 30 minit untuk Malaysia mengutip dua mata pertama.

Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun itu dijadual menentang Brunei dalam aksi kedua jam 8 malam esok di Stadium Titiwangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini