comscore
Tumpuan :
Sukan

Sepak Takraw – Skuad regu negara bawa pulang gelaran naib juara Piala Dunia, dikecewakan Thailand di perlawanan akhir

Skuad sepak takraw regu negara tewas 18-21, 19-21 kepada Thailand di perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF 2022 di Daejon, Korea Selatan hari ini. – FOTO: Facebook/ Mastaf

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

DAEJON: Pasukan sepak takraw negara terpaksa akur degan gelaran Naib Juara Piala Dunia ISTAF 2022 apabila kecundang kepada Thailand di perlawanan akhir.

Ia pertembungan dinanti pengikut sukan itu dinegara ini menyaksikan Malaysia diwakili Mohammad Syahir Mohd Rosdi di posisi tekong, apit kanan Amirul Zazwan Amir dan Mohd Azlan Alias sebagai perejam.

Skuad bimbingan Azhar Sarbini itu bagai mampu mengimbangi pasukan lawan yang tampil selaku pilihan utama namun tewas 18-21 di set pertama.

Noraizat Nordin dimasukkan sebagai suntikan baharu di permainan berikutnya hingga meletakkan barisan negara mendahului Thailand di satu ketika.

Tetapi Gajah Putih itu memanfaatkan kekurangan pemain negara dengan bangkit menekan hinggalah mengecewakan kem Malaysia menerusi keputusan sengit 21-19.

Melakukan persiapan singkat selama 21 hari sebelum bertanding di Daejon, pasukan kebangsaan membawa pulang masing-masing satu pingat perak dan gangsa dari Korea Selatan kali ini sekaligus tidak mencapai sasaran satu emas yang diinginkan.

Loading...
Terkini