comscore
Tumpuan :
Sukan

“Sepatutnya Dah Layak Ke Piala AFC” – Kim Swee

| Oleh Hazreen Mubarak

JOHOR BAHRU : Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee enggan berputus asa, sebaliknya tetap dengan sasaran membawa pasukan itu ke pentas Piala AFC musim depan.

Fokusnya kini adalah merebut slot terakhir yang ditawarkan pada saingan Piala Malaysia yang akan menyingkap tirainya 25 Oktober ini.

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata, ia adalah sasaran pasukannya selepas gagal menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

Ia menyaksikan Sabah tumpas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menamatkan kempen di tangga ketiga ketika slot ke Asia hanya ditetapkan untuk dua pasukan terbaik Liga Super.

“Sepatutnya, kita sudah layak sekiranya tidak ada masalah di saat terakhir. Kita masih belum putus asa, ada saingan Piala Malaysia untuk kita lalui dan cuba bagi capai matlamat seberapa jauh kita boleh pergi,” katanya

Kim Swee perlu membawa pasukannya menjuarai saingan Piala Malaysia sekiranya mahu merebut slot terakhir ke Piala AFC pada musim depan.

Tapi laluan agak perit buat Sabah yang dijangka sekali lagi akan bertemu JDT pada peringkat separuh akhir jika melepasi pusingan 16 dan suku akhir.

Loading...
Terkini