comscore
Tumpuan :
Sukan

Sheikh Jassim tetap mahu dapatkan United

Pemandangan di luar Stadium Old Trafford dekat Manchester, England. Pertarungan untuk membeli kelab berkenaan masih berlangsung hingga kini. – Foto : AFP

MANCHESTER – Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani, pemilik bank dari Qatar sudah memperbaiki tawarannya untuk membeli kelab gergasi England, Manchester United dari cengkaman keluarga Glazer.

Ketika ini, pertarungan cukup sengit membabitkan Sheikh Jassim dan jutawan British, Sir Jim Radcliffe masih lagi berlaku selepas kedua-dua pihak saling mencabar bagi mendapatkan Manchester United.

Ratcliffe tampak berada di depan selepas pusingan ketiga ditutup bulan lalu.

Pengasas syarikat kimia INEOS itu yang juga peminat United sejak kecil, dilaporkan membuat penilaian lebih tinggi ketika dia mahu memegang majoriti saham.

Bagaimanapun tawarannya masih boleh membenarkan pengerusi eksekutif bersama, Avram dan Joel Glazer untuk kekal melabur dalam Red Devils – keputusan yang jelas tidak popular dalam kalangan penyokong.

Sheikh Jassim sebaliknya mahukan kawalan 100 peratus terhadap kelab itu dan berjanji untuk menghapuskan hutang United sebanyak £970 juta (RM5.465 bilion).

Keluarga Glazers, gagal memenangi hati penyokong selepas berhutang £790 juta (RM4.451 bilion) berikutan pengambilalihan pada 2005, tampak akan mendapat untung besar selepas menawarkan peluang pelaburan pada November.

Bagaimanapun mereka dilaporkan menanti tawaran rekod dunia £6 billon (RM33.81 bilion) buat kelab bola sepak itu sebelum bersetuju untuk menjualnya.

Loading...
Terkini