comscore
Tumpuan :
Sukan

Sivasangari dalam senarai 30 Forbes Asia

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Atlet skuasy negara, S Sivasangari memperoleh motivasi apabila berada dalam kelompok 17 atlet yang berada dalam senarai 30 Forbes Asia di atas pencapaian mereka tahun lalu.

Di bawah kategori Hiburan dan Sukan, Forbes mengangkat pemain berusia 25 tahun itu yang memperlihatkan kebangkitan luar biasa selepas mengalami kemalangan jalan raya pada 2022.

Sivasangari begitupun, menunjukkan kebangkitan luar biasa apabila berjaya meraih dua pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2023 – hanya tujuh bulan selepas peristiwa ngeri berkenaan – selain turut menjuarai kejohanan London Klasik pada April lalu.

Malah, Sivasangari turut berjaya menewaskan tiga daripada lima pemain utama dunia sebelum meraih gelaran di pentas final kejohanan berkenaan.

Sivasangari kini berada di ranking ke-13 dunia dan dijadual bakal mengetuai skuad skuasy negara yang akan menyertai Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028.

Selain Sivasangari turut berada dalam senarai dikeluarkan Forbes itu adalah penembak 17 tahun dari China, Huang Yuting; pasukan pendayung Hong Kong, Lam San-tung dan Wong Wai-chun; atlet angkat berat Korea Selatan, Park Hye-jeong dan perenang Korea Selatan, Hwang Sun-woo.

Turut berada dalam senarai berkenaan adalah pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira; perenang China, Pan Zhanle yang memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter dengan catatan 46.8 saat (s) di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha Qatar dan pemain golf profesional Thailand, Atthaya Thitikul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini