comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad B-16 Negara Sudah Sedia Berdepan Palestin

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 16 (B-16) tahun negara, Osmera Omaro mengakui berdepan kesukaran untuk ‘mengintip’ kekuatan dan kelemahan Palestin.

Palestin akan menjadi lawan pertama skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 apabila kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia, esok.

Osmera bagaimanapun menjelaskan, barisan kejurulatihan berjaya mendapat gambaran awal mengenai corak permainan Palestin menerusi beberapa klip video aksi pasukan itu.

“Bagi aksi peringkat pasukan remaja ini sangat sukar untuk memperoleh maklumat pasukan lain kerana kebanyakkan perlawanan tidak banyak liputan atau siaran perlawanan yang boleh kita peroleh.

“Namun, kita bernasib baik apabila akhirnya mendapat klip perlawanan Palestin dalam Piala Arab dan boleh membuat analisis mengenai perlawanan mereka yang tidak banyak beza dengan permainan Malaysia,” katanya.

Selepas Palestin, Malaysia akan meneruskan saingan kelayakan dalam Kumpulan B berdepan Guam pada Rabu ini, Emiriah Arab Bersatu (7 Oktober) dan tuan rumah, Indonesia (9 Oktober).

Menurut format pertandingan, 10 juara kumpulan dan hanya lima naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-17 2023. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini