comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad hoki remaja dapat tempat keempat

Skuad hoki remaja menamatkan saingan di tempat keempat selepas tewas 1-2 kepada Korea Selatan. – FOTO : Persekutuan Hoki Asia

OMAN: Hasrat pasukan hoki remaja lelaki negara untuk meraih tempat ketiga di kejohanan Piala Remaja Asia tidak kesampaian selepas tunduk 1-2 kepada Korea Selatan.

Perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan Salalah, Oman.

Korea Selatan bermula garang apabila membolosi gawang pasukan negara pada minit ke-23 menerusi Lim Do Hyun yang berpunca daripada pukulan sudut penalti.

Tersentak dengan gol itu Malaysia bangkit memperkemaskan corak permainan bagi mencari gol penyamaan.

Gol yang ditunggu-tunggu Malaysia akhirnya hadir pada minit ke-26 menerusi jaringan Muhammad Adam Ashraf Mohd Johari untuk kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Korea Selatan sekali membolosi gawang Malaysia kali ini menerusi Yoo Seungho pada minit ke-37.

Dan meskipun pasukan negara cuba bangkit dengan mencipta beberapa peluang namun tiada lagi gol dihasilkan sekali gus terpaksa akur tumpas 1-2.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di kedudukan keempat keseluruhan sekali gus berjaya memperbaiki kedudukan pada edisi 2015 yang berlangsung di Kuantan, Pahang apabila berada di tempat kelima.

Loading...
Terkini