comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Skuad Malaysia B-23 layak ke Qatar

 

KUALA LUMPUR: Tuah nyata memihak skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara apabila muncul pasukan terakhir layak ke Piala Asia B-23 di Qatar, tahun depan.

Malaysia meraih slot itu selepas muncul empat naib juara terbaik selepas berakhirnya semua aksi peringkat kumpulan kelayakan.

Aksi skuad B-23 negara (jersi serba kuning) ketika tewas 0-1 di tangan Thailand, malam tadi. – FOTO: FAM/ Facebook

Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.

Terdahulu anak buah E Elavarasan memilih jalan sukar selepas tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H, malam tadi.

Artikel berkaitan: Harimau Malaya B-23 pilih jalan sukar

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara sekadar menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan, sekali gus menobatkan Thailand selaku juara kumpulan dan layak secara automatik ke pusingan akhir tahun depan.

Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Asia (AFC).

Loading...
Terkini