comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad negara bawa pulang 2 pingat perak, 2 gangsa dari saingan Asia

Skuad negara bersama pingat dan trofi acara Shooting dan Triples yang dimenangi di Kejohanan Petanque Asia ke-4 di Bangkok, Thailand. – Foto: Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF)

Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin

KUALA LUMPUR: Malaysia membawa pulang empat pingat iaitu masing-masing dua perak dan gangsa dari saingan petanque Asia yang berlangsung di Bangkok dari 10 hingga 14 November.

Penyertaan 12 atlet dari Persekutuan Sukan Boules Malaysia (MBSF) itu mengambil bahagian dalam dua acara iaitu Shooting dan Triples kategori Remaja, Wanita dan Lelaki.

Gandingan Akhtar Shauqi Auni Mohd Dom, Nor Irfan Mohd Roslan, Muhammad Hafzan Mohd Nizar dan Mohamad Muiz Ezham Mohd Rizan memenangi pingat perak Triple Remaja Lelaki.

Nur Ain Syuhada Mohd Asri, Nurul Farzieana Abdul Malek, Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz dan Rabiatul Adawiyah Mohd Roslan pula menaiki podium sama acara Triple Piala Negara Wanita.

Dua lagi gangsa diraih menerusi Shooting menerusi Mohamad Muiz Ezham yang beraksi dalam kelas remaja manakala Nur Ain Syuhada dari kategori wanita.

Malaysia bertarung bersama-sama 14 negara lain antaranya tuan rumah Thailand, Australia, Vietnam, Hong Kong, Jepun serta Korea Selatan dengan pencapaian terkini menduduki ranking ketiga Asia dan kelima di dunia.

Loading...
Terkini