comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad Piala Uber bawa pulang penawar, kalahkan Australia 4-1

Siti Zulaikha melengkapkan kemenangan 4-1 Malaysia selepas menewaskan Isabella Yan 21-10, 21-10. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Skuad wanita negara menamatkan cabaran saingan Piala Uber di tangga ketiga Kumpulan B selepas menundukkan Austaralia 4-1 di Chengdu, China sebentar tadi.

Mata pertama Malaysia diraih perseorangan utama Goh Jin Wei yang cuma memerlukan 29 minit mengalahkan Tiffany Ho 21-6, 21-12.

Bagaimanapun Australia menyamakan kedudukan apabila Setyana Mapasa – Angela Yu menang 21-15, 21-17 ke atas gandingan negara, Go Pei Kee -Teoh Mei Xing.

Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tumpas kepada Setyana Mapasa – Angela Yu 15-21, 17-21 untuk mata tunggal Australia. FOTO: BAM

 

Perseorangan kedua,Wong Ling Ching tidak menghampakan apabila kembali meletakkan Malaysia di depan dengan menundukkan SydneyTjonadi 21-15, 21-3,

Mata ketiga Malaysia menyusul menerusi pasangan  Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi.

Bagaimanapun mereka beraksi tiga set sebelum menang 21-12,13-21, 21-10 ke atas Kaitlyn Ea-Gronya Somerville dalam masa 43 minit.

Melengkapkan kemenangan 4-1 negara, menerusi mata yang diraih perseorangan ketiga Siti Zulaikha Muhammad Azmi menundukkan Isabella Yan 21-10, 21-10.

Kumpulan B menyaksikan Thailand muncul juara untuk mara ke suku akhir bersama pasukan di tangga kedua Taiwan.

Australia pula tercorot, tewas ketiga-tiga perlawanan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini