comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad Ping Pong gagal raih slot automatik ke Paris

Alice Chang, dua kali beraksi tetapi kecewa memberi mata buat skuad kebangsaan
(Foto Fail)

BUSAN: Hasrat skuad ping pong wanita kebangsaan untuk meraih slot automatik ke Sukan Olimpik Paris selaku lapan pasukan terbaik pada Kejohanan Berpasukan Dunia 2024  nyata tidak kesampaian.

Malah Malaysia kandas seawal pusingan 32 selepas tewas kepada Croatia dengan keputusan 1-3 pada saingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Busan, Korea Selatan, hari ini.

Skuad negara mara ke pusingan 32 buat kali pertama selepas menamatkan kedudukan di tempat kedua Kumpulan Lima.

Membawa misi melayakkan diri ke pusingan kedua, segalanya tidak seperti yang dirancang apabila skuad kendalian Beh Lee Wei itu ketinggalan 0-2 di awal saingan.

Perseorangan pertama, Karen Lyne tewas kepada Hana Arapovic dalam aksi lima set 11-6, 5-11, 11-8, 9-11 dan 8-11.

Alice Chang Li Sian yang tampil selaku perseorangan kedua pula sukar mengimbangi permainan Lea Rakovoc apabila tewas ‘straight sets’, 11-13, 8-11 dan 10-12.

Belum mahu mengalah, Malaysia merapatkan kedudukan hasil kemenangan perseorangan ketiga Ho Ying yang mengatasi Mateja Jeger dengan keputusan 13-11, 11-6, 11-6.

Bagaimanapun hasrat skuad kebangsaan menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila  Alice yang sekali lagi turun selaku pemain keempat, tumpas 10-12, 11-9, 4-11, 3-11, kepada Hana Arapovic sekaligus menyaksikan Croatia mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 3-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini