comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad skuasy optimis atasi Ireland

Adden Idrakie menjadi satu-satunya pemain senior menyertai kejohanan Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia 2023.

KUALA LUMPUR: Misi barisan muda skuasy negara pada Kejohanan Berpasukan Lelaki Dunia yang berlangsung di  Tauranga, New Zealand, bermula esok.

Diundi dalam Kumpulan A, pasukan negara membuka kempen saingan menentang Ireland.

Pada edisi kali ini, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM),  mempertaruhkan Adden Idrakie Bakhtiar sebagai pemain senior manakala baki tiga pemain lagi iaitu Ameesharaj Chandaran, Sanjay Jeeva, Muhd Hafiz Zhafri adalah penampilan pertama mereka  di kejohanan itu

Dua pemain utama negara Ng Eain Yow dan Syafiq Kamal tidak disenaraikan SRAM dengan Eain Yow menghadapi masalah permohonan visa manakala Shafiq terlibat beberapa kejohanan PSA.

“Berdasarkan kedudukan ranking, kami adalah pilihan untuk memenangi perlawanan menentang Ireland.”Saya yakin kami boleh beraksi dengan baik dan mengatasi tekanan. Paling penting, kami perlu bermain sebagai satu pasukan,” kata  Adden.

Kemenangan ke atas Ireland cukup penting bagi menyuntik semangat pemain sebelum berdepan ujian getir menentang juara lima kali yang juga pilihan pertama kejohanan, Mesir pada aksi terakhir kumpulan Selasa ini.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati.

SRAM  menetapkan sasaran untuk sekurang-kurangnya skuad negara menempatkan diri dalam kelompok 12 terbaik daripada 24 buah negara yang bertanding.

Edisi sebelum ini pada 2019 di Washington, Amerika Syarikat menyaksikan skuad negara menamatkan saingan keseluruhan di tempat kesembilan.

Loading...
Terkini