comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad takraw ke separuh akhir acara berpasukan

FOTO: PSM/ Facebook

HANGZHOU: Skuad Sepak takraw Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir acara berpasukan apabila muncul juara Kumpulan B.

Selepas meniti detik cemas sebelum menewaskan Indonesia 2-1 pada aksi pembukaan, perlawanana kedua pagi tadi, Malaysia mencatat kemenangan kedua, mengalahkan Korea Selatan 3-0.

Regu pertama negara yang dibarisi Haziq Nizam, Noraizat Nordin dan Farhan Adam menghadiahkan mata pertama apabila menang 2-0 selepas beraksi 48 minit.

Bagaimanapun Korea Selatan nyata belum mahu mengalah,

Regu kedua negara yang diperkuatkan Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan  dikejutkan kekalahan set pertama 17-21.

Malaysia bagaimanapun bangkit mengheret permainan ke set penentuan apabila menamatkan set kedua 21 -18.

Set penentuan terus mendebarkan, tentangan sengit Korea Selatan berjaya diatasi gandingan negara dengan kemenangan 21-19 mengakhiri tempoh keseluruhan perlawanan yang berlanjutan  91 minit.

Perlawanan Regu Ketiga tidak lagi menimbulkan masalah buat regu negara yang dibarisi Hazizi Haidzir, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman dan pemain gantian Zaim Razali.

Mereka mengesahkan kemenangan 3-0 Malaysia apabila menang mudah 21-10, 21-12 dalam tempoh 28 minit.

Separuh akhir 2 petang esok, Malaysia menentang naib juara Kumpulan A, Laos.

| ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...
Terkini