comscore
Tumpuan :
Sukan

Skuad wanita negara waspada kekuatan Lebanon

Foto: Facebook FAM

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al Zou’bi sedar halangan sukar berdepan Lebanon pada aksi separuh akhir Kejohanan Women’s International Friendly di Stadium KIng Fahd City, Arab Saudi esok.

Akui pengendali dari Jordan itu, dia sedar kekuatan yang dimiliki Lebanon dengan corak persembahan yang baik diperkuatkan pula beberapa pemain yang berpangkalan di Eropah.

“Apa pun saya gembira dengan suasana latihan dan semangat yang ditunjukkan pemain sekarang, mereka ada perasaan untuk bangkit selepas dua perlawanan kumpulan, mereka ada rasa terkilan kerana gagal memenangi perlawanan itu,” kata Soleen yang turut lega dengan keadaan fizikal pemain

Malaysia membuka kempen Kumpulan A dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang  tuan rumah, Arab Saudi pada 19 September dan tiga hari kemudian mencatat keputusan sama menentang Pakistan

“Saya sebenarnya mengharapkan mata yang lebih untuk layak ke separuh akhir, tetapi kami memang berhak meneruskan kemaraan, biarlah kami bergelut pada perlawanan awal untuk cabaran akan datang.” tambah Soleen.

Persiapan terakhir skuad wanita negara di bawah kendalian Soleen Al Zou’bi menjelang pertemuan menentang Lebanon esok. – Foto Faceook FAM

Malaysia mengumpul dua mata selaku naib juara kumpulan di belakang Arab Saudi yang meraih tiga mata, seri 0-0 dengan Malaysia sebelum mengalahkan Pakistan 1-0.

Pertemuan skuad negara  menentang Lebanon di jadual berlangsung jam 10.30 esok di Stadium King Fahd City, AL Taif, Arab Saudi

Loading...
Terkini