comscore
Tumpuan :
Sukan

SKUASY: Aifa ke separuh akhir Terbuka New Zealand

Aifa beraksi dalam tempoh singkat ketika menewaskan Lee Ka Yi di suku akhir Terbuka New Zealand hari ini – Foto: PSA World Tour/ Twitter

TAURANGA: Aifa Azman yang menjadi satu-satunya wakil skuasy negara meneruskan kempen Terbuka New Zealand hari ini melepasi peringkat suku akhir.

Pemain berusia 21 tahun itu yang berdepan pilihan ke lapan Lee Ka Yi mencapai kemenangan straight set.

Aifa mengambil masa selama 24 minit sahaja menerusi catatan 11-3, 11-8 dan 11-6 membenam wakil Hong Kong itu untuk menempah tempat di separuh akhir saingan Jelajah Dunia PSA Perak.

Noor Ainaa Amani Ampandi, Aira Azman dan Low Wee Wern yang turut mengambil bahagian di Tauranga yang menawarkan hadiah keseluruhan 77,500 Dolar Amerika itu kandas di pusingan kedua.

Halangan getir menanti Aifa untuk mencari tempat di penentuan juara apabila dijadual menentang pilihan pertama Nele Gilis dari Belgium esok.

Loading...
Terkini