comscore
Tumpuan :
Sukan

Soon Huat-Shevon jumpa beregu nombor tiga dunia pada final Terbuka China esok

FOTO: Ihsan BAM/ Facebook

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berdepan satu lagi tugasan sukar, menentang beregu tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada final Badminton Terbuka China di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, esok.

Bermakna itu beregu ketiga tuan rumah yang mencabar Soon Huat-Shevon pada saingan Terbuka China 2024.

Soon Huat-Shevon mara ke final selepas menewaskan beregu tuan rumah Cheng Xing-Zhang Chi  21-18,21-18 pada separuh akhir pagi tadi.

Pada suku akhir Soon Huat-Shevon turut mengejutkan beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, yang juga gandingan nombor dua dunia, 23-21,21-16.

Apa yang pasti ada misi peribadi buat Yan Zhe-Dong Ping pada final esok untuk menebus kekalahan rakan-rakannya di tangan Soon Huat-Shevon Lai.

Yan Zhe-Dong Ping yang mendudukki ranking ke-3 dunia mara ke final selepas mudah menundukkan beregu Indonesia,  Dejan Ferdinan Syah -Gloria Emanuelle 21-16,21-15 pada separuh akhir petang ini.

Bagi Soon Huat-Shevon yang berada di kedudukan ke-12 dunia, ini kali pertama mereka  berjaya melangkah ke final Jelajah Dunia BWF Super 1000 dan final ketiga mereka musim ini selepas menjuarai Terbuka Switzerland, Mac lalu dan Masters Malaysia pada Mei.

Juara bagi acara beregu akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$148,000 (kira-kira RM622,000) manakala naib juara AS$70,000 (RM294,000).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini