
PETALING JAYA: Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke separuh akhir Badminton Terbuka Switzerland apabila mengejutkan pilihan ke-4 dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Bøje di arena St Jakobshalle, Basel, sebentar tadi.
Tampil selaku pilihan ke-8, Soon Huat – Shevon mendapat keyakinan awal apabila menguasai perlawanan untuk menamatkan set pertama 21-15.
Mereka meneruskan penguasaan pada set kedua, menidakkan percubaan lawan untuk bangkit.
Selepas bertarung 32 minit, Soon Huat-Shevon mengesahkan tiket ke separuh akhir menang set kedua 21-10.
Separuh akhir esok mereka bakal menentang pemenang di antara beregu Jepun, Hiroki Midorikawa -Natsu Saito juga pilihan ke-5 atau pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.
Bagaimanapun kemaraan Soon Huat-Shevon gagal dituruti beregu lelaki Choong Hon Jian-Mohd Haikal Nazri.

Choong Jian-Haikal Nazri tewas kepada beregu Indonesia, Sabar Gutama-Moh Reza Isfahani, 16-21, 20-22, perlawanan yang memakan masa 37 minit pada satu lagi aksi suku akhir.
Kemenangan itu pasti kepuasan buat Sabar Gutama-Moh Reza Isfahani, berjaya menebus kekalahan mereka di tangan Choong Jian-Haikal pada perlawanan akhir Terbuka Orleans di Perancis minggu lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.