comscore
Tumpuan :
Sukan

Soon Huat-Shevon raih gelaran Terbuka Switzerland 2024

Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie meraih gelaran pertama musim ini apabila menjuarai Terbuka Switzerland 2024.

Pada perlawanan berlangsung di St Jakobshalle di Basel menyaksikan Soon Huat–Shevon mempamerkan kekuatan sebenar apabila menewaskan rakan senegara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sejak awal permainan dengan memenangi set pertama 21-16.

Kemenangan itu nyata memberi tonik buat Soon Huat-Shevon untuk mendahului 11-3 sebelum menoktahkan kemenangan ke atas Tang Jie-Ee Wei dengan pukulan deras diakhiri keputusan 21-13 dalam masa 36 minit.

Soon Huat-Shevon, selaku juara kejohanan bertaraf status Super 300 itu, membawa pulang hadiah wang tunai US$16,590 (RM78,582) manakala Tang Jie-Ee Wei menerima US$7,980 (RM37,799).

Ini merupakan gelaran pertama diraih pasangan di kedudukan ke-14 dunia itu selepas menempuh tujuh perlawanan pada musim ini sejak Januari lepas. — BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini