comscore
Tumpuan :
Sukan

Speedy Tigers gagal ke separuh akhir

Aksi antara Malaysia menentang Korea Selatan yang berkesudahan seri 3-3, petang tadi. – FOTO: Ihsan KHM.

KUALA LUMPUR: Perjalanan Speedy Tigers untuk bergelar juara dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 yang berlangsung di Hulunbuir, China akhirnya menemui noktah.

Ini berikutan kemenangan 2-0 yang dicatatkan pasukan tuan rumah, China ke atas Jepun pada aksi terakhir, sebentar tadi.

Kejayaan China itu sekaligus menutup peluang pasukan kebangsaan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan yang berlangsung dalam format liga sepusingan itu.

Skuad bimbingan Sarjit Singh mengharapkan Jepun – pasukan yang ditewaskan 5-4 sebelum ini – untuk menewaskan atau sekurang-kurangnya mengikat China.

Ia susulan keputusan seri 3-3 yang diraih skuad negara menentang Korea Selatan pada perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Sarjit selepas perlawanan menegaskan anak buahnya berhak menang pada perlawanan bertemu Korea Selatan namun dikecewakan dengan pukulan sudut penalti yang diperoleh lawan di saat akhir.

Keputusan seri dengan Malaysia turut menyaksikan Korea Selatan mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini