comscore
Tumpuan :
Sukan

Spurs hampiri kedudukan empat terbaik EPL

Timo Werner melengkapkan kemenangan 4-0 Spurs ke atas Villa di arena lawan. FOTO: Reuters

BIRMINGHAM: Tottenham Hotspur menghampiri kedudukan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan ke-16 menewaskan Aston Villa 4-0 di Stadium Villa Park.

Kemenangan itu juga menyaksikan Spurs cuma ketinggalan dua mata di belakang Villa yang berada di tangga keempat dan menjarakkan enam mata daripada Manchester United yang menghuni tangga ke-6.

Kelebihan turut dimiliki Spurs berbanding Villa dan United kerana masih memiliki satu perlawanan dalam tangan.

Kemenangan besar ke atas Villa nyata dibantu keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain tuan rumah John McGinn pada minit ke-65 ketika Spurs sudah pun mendahului 2-0  hasil jaringan James Maddison  pada minit ke-50 sebelum Brennan Johnson menyumbang gol kedua tiga minit kemudian.

Kepincangan lawan terus dihukum Spurs apabila menambah dua lagi gol pada masa kecederaan.

Kapten paskukan  Son Heung-min menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-91 dan pemain gantian Timo Warner melengkapkan kemenangan bergaya Spurs apabila meledak gol keempat pada minit ke-94.

Spurs akan berkunjung ke Fulham, Ahad ini untuk perlawanan ke-28 EPL manakala Villa meneruskan kempen Liga Europa menentang Ajax pada pusingan 16 pasukan terakhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini