Tumpuan :
Sukan

Sri Pahang ikat Sabah di Likas

Pemain Sabah FC, Stuart Wilkin (dua dari kiri) meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika berdepan Sri Pahang FC pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini. – FOTO: NSTP

KOTA KINABALU: Hasrat Sabah FC untuk membawa bekalan selesa menjelang separuh akhir kedua Piala Malaysia tidak kesampaian apabila seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Likas, sebentar tadi.

Tuan rumah mendahului menerusi rembatan leret Stuart Wilkin pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, tuan rumah kurang bernasib baik apabila gawang yang dipertahan dibolosi juga pada minit ke-66 hasil penyudah kapten Sri Pahang, Kpah Sherman.

Kejayaan menyamakan kedudukan 1-1 itu memberi keyakinan kepada Sri Pahang untuk mengekang tuan rumah daripada meraih bekalan selesa bagi separuh akhir kedua di Stadium Temerloh, 2 Februari depan.

Sabah juga gagal memanfaatkan kelebihan berdepan 10 pemain sepanjang 20 minit terakhir apabila Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana memijak kaki Darren Lok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini