comscore
Tumpuan :
Sukan

Stadium ‘New York Giants’ diumum hos final Piala Dunia 2026

Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey, AS dipilih sebagai gelanggang final Piala Dunia 2026. – FOTO: Reuters

MIAMI, AMERIKA SYARIKAT: Perlawanan akhir Piala Dunia 2026 akan dilangsungkan di New York di laman pasukan American football, New York Giants dan New York Jets, umum badan induk bola sepak dunia FIFA awal pagi tadi.

Piala Dunia yang menampilkan 48 pasukan itu, yang akan berakhir pada 19 Julai di Stadium MetLife di East Rutherford, dihoskan bersama Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Kanada akan menganjurkan 13 perlawanan secara keseluruhan, termasuk 10 di peringkat kumpulan yang diadakan antara Toronto dan Vancouver.

Mexico turut mendapat 13 perlawanan, termasuk 10 pada peringkat kumpulan di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

Perlawanan selebihnya pada kejohanan itu akan diadakan di 11 bandar raya AS.

Estadio Azteca di Mexico City dipilih sebagai tuan rumah bagi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026. – FOTO: Reuters

Estadio Azteca di Mexico City dipilih sebagai tuan rumah bagi perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026. – Foto REUTERS

Toronto, Mexico City dan Los Angeles akan menjadi hos perlawanan pembukaan bagi setiap pasukan kebangsaan masing-masing.

Stadium bumbung terbuka bagi final itu, yang dibuka pada 2010 dan mempunyai kapasiti 82,500, menjadi hos final Copa America Centenario pada 2016.

FIFA bagaimanapun tidak mengumumkan sepak mula bagi setiap perlawanan.

Piala Dunia 2026 akan menampilkan 104 perlawanan di sebalik tradisi 64 perlawanan, termasuk tambahan pusingan kalah mati susulan pengumuman terdahulu meningkatkan jumlah pasukan kepada 48 daripada 32. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini