comscore
Tumpuan :
Sukan

Stadium Titiwangsa penuh harap skuad negara tamat penantian 33 tahun

KUALA LUMPUR: Stadium Titiwangsa dibanjiri kira-kira dua ribu penyokong menjelang pertembungan akhir acara berpasukan Piala Dunia ISTAF 2024.

Perlawanan dijadual jam tiga petang ini menyaksikan tuan rumah Malaysia berdepan juara bertahan sejak 2011, 2017 dan 2022 Thailand.

Suasana digamatkan lagi dengan sorakan serta laungan pembakar semangat oleh penyokong negara yang hadir menjadikan lautan biru, kuning dan hitam di tempat duduk penonton.

Malaysia dibawah bimbingan Ahmad Jais Baharun sudah menjuarai kategori beregu dan regu pada Rabu lalu dan memburu saingan utama dan terakhir iaitu berpasukan.

Kali terakhir skuad negara memenangi gelaran berpasukan ialah pada tahun 1991 Sukan SEA Manila dengan menewaskan Thailand 2-1.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini