comscore
Tumpuan :
Sukan

Sudah tiba masanya kami memenangi Liga Perdana Inggeris – Arteta

Mikel Arteta memberikan arahan kepada pemainnya menjelang aksi Derbi London menentang Chelsea di Stamford Bridge, malam ini. – Foto: Facebook/ Arsenal

Oleh Fariz Zolkarnain

LONDON: Mikel Arteta bersetuju bahawa sudah tiba masanya Arsenal memenangi Kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir menjuarai liga utama England itu dibawah kendalian Arsene Wenger pada 2003.

Arsenal menampilkan persembahan menakjubkan musim ini apabila mencatat 10 kemenangan untuk mendahului carta teratas sebelum Manchester City memintas buat seketika selepas menewaskan Fulham.

The Gunners berpeluang merampas semula gelaran pendahulu daripada City sekiranya berjaya menundukkan Chelsea pada aksi ke-13 di Stamford Bridge, malam ini.

City dan Arsenal kini hanya dibezakan dengan satu mata.

“Sudah tiba masanya kami menamatkan penantian selama 19 tahun untuk memenangi kejuaraan.

“Saya fikir kami telah melakukannya setakat ini tetapi masih ada musim yang panjang di hadapan kami,” jelas Arteta.

Pertembungan Chelsea menentang Arsenal pastinya mendapat perhatian meluas berdasarkan reputasi kedua-dua pasukan dalam kancah bola sepak England.

Kali terakhir Chelsea dan Arsenal bertemu dalam Liga Perdana Inggeris adalah pada 21 April lalu dimana The Gunners berjaya menewaskan seteru London itu dengan keputusan 4-2.

Loading...
Terkini