comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN ASIA: HAGOC harap edisi ke-19 lahir bakal juara Olimpik

FOTO: 19th Asian Games Hangzhou 2022/ Facebook

HANGZHOU: Tiga hari menuju pembukaan secara rasmi Sukan Asia edisi ke-19, penganjur menyifatkan Hangzhou 2022 sebagai medan impian kontinjen bertanding melahirkan jaguh masa hadapan.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Hangzhou (HAGOC), Chen Weiqiang dalam sidang media hari ini menjelaskan temasya kali ini akan disertai atlet-atlet terbaik serantau, memandangkan ia turut menawarkan slot kelayakan ke Sukan Olimpik tahun depan.

“Oleh kerana banyak disiplin temasya ini telah disahkan sebagai kelayakan untuk Sukan Paris dan Paralimpik Paris, maka semua NOC (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan) telah mengutamakan peluang berharga ini dengan telah menghantar atlet berprestasi tinggi untuk bersaing di Sukan Asia ini, bertujuan membuat persediaan dan pemilihan ke Sukan Olimpik di Paris tahun depan,” kata Weiqiang di Pusat Media Utama Sukan Asia.

FOTO: 19th Asian Games Hangzhou 2022/ Facebook

Harapannya bandar raya itu dapat membekalkan juara Olimpik atau pemenang pingat emas, apabila Paris 2024 dijadual mengambil tempat 10 bulan lagi.

Tekanan juga mula dirasai HAGOC apabila perlu menjaga keperluan atlet pada Sukan Asia terbesar dalam sejarah 110 tahun temasya berkenaan.

Rekod menunjukkan 12,500 atlet dari 45 negara telah mendaftar untuk bertanding.

Turut diumum, peningkatan penjualan tiket dalam talian yang bermula 8 Julai diikuti dengan pembelian secara peribadi pada 23 Ogos.

Perasmiannya dijadual Sabtu ini, sebelum upacara penutupan dilangsungkan pada 8 Oktober.

Loading...
Terkini