comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN ASIA: Skuad kriket wanita mula misi jumpa Hong Kong esok

Barisan pemain wanita yang membawa cabaran negara dalam acara kriket berlepas semalam ke Hangzhou. – Foto Facebook Olympic Council of Malaysia

KUALA LUMPUR: Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba, apabila Sukan Asia edisi ke-19 berlangsung di Hangzhou.

Medan pertandingan bakal memulakan saingannya esok di China, menerusi empat acara yang menyaksikan skuad kriket wanita negara menjadi wakil pertama beraksi.

Pingfeng Campus Cricket Field menjadi antara gelanggang terawal membuka tirai pertandingan kali ini.

Pasukan negara dianggotai 15 pemain dijadual turun pada tugasan pertama jam dua petang.

Perlawanan menentang Hong Kong itu penting untuk menentukan kemaraan awal ke peringkat suku akhir yang dijadual Khamis ini.

Empat negara yang menanti di fasa kalah mati ialah pasukan pilihan India, Pakistan, Sri lanka dan Bangladesh berpandukan ranking.

Selain kriket, bola sepak dan bola tampar turut memulakan saingan esok.

Temasya akan disingkap secara rasmi menerusi upacara pembukaan Sabtu ini di Hangzhou Olympic Sports Center Stadium.

Loading...
Terkini