comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN: BASIKAL: Nurul Azlina menang emas kategori remaja downhill Asia

Nurul Azlina (tengah) menunjukkan emas dimenanginya beserta jersi juara kategori DHI Asia 2024

PUTRAJAYA: Malaysia akhirnya menaiki podium juara di Kejuaraan Basikal Bukit Asia (MTB) 2024 apabila meungguli acara ‘downhill’ (menuruni bukit) wanita remaja (DHI).

Nurul Azlina Mohd Razali tampil menceriakan kem negara apabila mencatat 1 minit (m) 41.540 saat (s) ketika menghabiskan trek laluan sejauh 900 meter (m) di Taman Cabaran, Putrajaya.

Pelumba berusia 17 tahun itu mengatasi Heidi Yu dari Hong Kong yang berada di kedudukan perak dengan kelebihan 16.761s, sementara wakil Taiwan, Huang Wen Xin di tempat ketiga menerusi 2m 5.390s.

“Saya tak sangka pun boleh dapat kejayaan pingat emas ini tetapi amat berbangga la kerana berjaya menang di tempat sendiri.” jelas anak kelahiran Bachok, Kelantan itu yang bakal pulang ke negerinya untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas ini.

Rakan senegara, Nur Natasya Syamimi Mohd Irwad pula berada di kedudukan terakhir dikalangan enam peserta itu berikutan mengalami kemalangan semasa pertengahan perlumbaan.

Kategori lelaki remaja dimenangi Pandu Satrio Perkasa dari Indonesia dengan catatan 1m 12.483, diikuti rakan senegara Milatul Khaqimah yang menjuarai wanita elit merakam 1m 18.964s manakala Methasit Boonsane menghadiahkan Thailand pingat emas lelaki elit menerusi kepantasan 1m 9.655s.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini