comscore
Tumpuan :
Sukan

Sukan SEA 2023: MOM Pertimbang Penyertaan Sukan Yang Bukan Ahli Gabungan Dengan Syarat Tambahan

Logo Sukan SEA 2023

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan senarai lima ahli Jawatankuasa Pemilihan bagi temasya Sukan SEA 2023.

Dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Norza Zakaria, ahli panel lain adalah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Faedzal Md. Ramli selain dua ahli bebas iaitu Datuk Wira Mazlan Ahmad dan Zainal Abas.

Turut mengekalkan kriteria pemihan iaitu ranking ketiga Asia Tenggara untuk acara individu dan keempat terbaik Asia Tenggara bagi acara berpasukan, mereka akan diletakkan dalam kategori A.

Manakala kategori B terdiri daripada atlet di kedudukan 6 teratas dengan fokus utama terarah kepada 25 jenis sukan yang menjadi ahli gabungan MOM.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan akan diadakan pada bulan Disember atau awal Januari, kerana “entry by numbers” akan tutup pada 14 Januari 2023, borang akreditasi senarai atlet mengikut nama akan dibuka bermula satu Februari 2023, pemilihan terakhir adalah pada Februari 2023, jadi kita boleh menghantar senarai “entry by names” dan ia membolehkan kita menghantar senarai nama lengkap dengan tarikh akhir adalah pada 5 Mac 2023.

“Jawatankuasa Pemilihan akan mempertimbangkan sukan-sukan yang bukan ahli gabungan MOM secara berasingan dengan syarat-syarat tambahan yang akan ditetapkan kemudian,” katanya pada sidang media hari ini.

Beberapa elemen tambahan turut disenaraikan antaranya termasuklah atlet yang melebihi umur 23 tahun wajib melepasi syarat kategori A dan tiada atlet senior diletakkan dalam kategori B selain keutamaan akan diberikan kepada atlet muda berpandukan kepada pencapaian dalam temasya Sukma untuk berada dalam kategori B.

Loading...
Terkini