comscore
Tumpuan :
Sukan

SUKAN SEA: ESPORTS – Skuad MLBB lelaki sahkan tempat ke separuh akhir

SUKAN SEA: Pasukan e-sports MLBB elaki
PHNOM PENH: Permainan cukup kemas disajikan skuad MLBB lelaki negara apabila merakam kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan A.

Berdepan satu lagi pasukan pilihan, Vietnam, gandingan ampuh, Danial Fuad, Syafizan Najmi Kamarulzaman, Irwandy Lim, Zul Hisham Mohd Noor dan Arif Abdul Halim menyaksikan Malaysia berjaya memenangi pertarungan ketiga untuk menghuni kedudukan teratas kumpulan, sekaligus turut mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Pada perlawanan yang menggunakan gormat ‘best of one’ itu, kawalan kemas ditampilkan Malaysia selepas peringkat ‘drafting’ yang menyaksikan skuad negara memilih hero yang memiliki mobiliti tinggi.

Zul Hisham atau Xorn sekali lagi memainkan peranan penting dengan hero “chou”, membuka banyak ruang terutamanya kepada Danial atau cikugais yang menggunakan hero “beatriz”.

Berjaya menjatuhkan semua turret lawan, penyertaan ‘lord’ pada serangan terakhir memudahkan pasukan Malaysia memusnahkan kristal lawan, sekaligus mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Skuad MLBB negara akan turun lagi petang ini bertemu Laos dan kemenangan pasti dicari untuk mengesahkan tempat selaku juara kumpulan A untuk bertemu pasukan tuan rumah Kemboja di peringkat separuh akhir nanti.

Loading...
Terkini