SINTOK: Pasukan bola sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM) meraih kejayaan berganda pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 apabila merangkul dan pertahan “ibu segala pingat” di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.
Ia menyaksikan UiTM menang tipis 2-1 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada aksi final, pasukan kendalian Mohd Yazli Yahya mendahului hasil penyudah Ahmad Taufik Lukman sebelum UKM bangkit merapatkan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti Muhammad Hadi.
Kedudukan itu kekal sehingga tamat 90 minit permainan menyaksikan Muhammad Fakrul Radzi muncul wira UiTM apabila meledak gol kemenangan di masa tambahan untuk kemenangan 2-1 UiTM.
Sebagai rekod, ini adalah kemenangan hatrik buat UiTM selepas meraih pingat emas pada edisi 2018 dan 2022.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.