comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei – Izzuddin beri tentangan hebat sebelum tersingkir 

Sze Wei – Izzuddin beri tentangan hebat sebelum akur kepada beregu pilihan ke-8 dari  China, Liu Yu Chen – Ou Xuan Yi pada pusingan kedua Terbuka India sebentar tadi. FOTO: BAM / Facebook

NEW DELHI: Satu lagi wakil negara, beregu lelaki gandingan Goh Sze Fei – Nur Izzuddin gagal melepasi pusingan kedua Badminton Terbuka India sebentar tadi.

Bagaimanapun Sze Wei – Izzuddin menampilkan persembahan menarik sebelum akur tewas kepada pilihan ke-8 dari China, Liu Yu Chen – Ou Xuan Yi , dalam perlawanan yang berlanjutan tiga set.

Sedari set pertama lagi pasangan negara yang berada di kedudukan ke-26 dunia itu menyajikan permainan bertenaga, namun akur dengan kekalahan 19-21.

Set kedua, Sze Wei – Izzuddin meneruskan tekanan ke atas beregu China itu menyaksikan mereka berjaya mengheret permainan ke set penentuan apabila mencatat kemenangan 21-17.

Saingan terus rancak ditampilkan kedua-dua beregu dalam set penentuan.

Bagaimanapun selepas terikat 6-6, beregu China, juga ranking ke-8 dunia,  mula menguasai perlawanan dan memastikan tempat ke suku akhir menerusi kemenangan 21-17 pada pertarungan yang berlarutan  1 jam 10 minit itu.

Perseorangan negara Lee Zii Jia ketika ini,  beraksi menentang pemain Indonesia, Jonathan Christie, pilihan ke-5, pada satu lagi aksi pusingan kedua.

Manakala malam ini, gandingan Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang diletakkan pilihan ke-4 berdepan pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi – Hiroki Okamura.

Loading...
Terkini