comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei-Izzuddin ke suku Terbuka China

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (atas) nyata lebih unggul apabila menundukkan Arif Junaidi-Yap Roy King pada saingan pusingan kedua Terbuka China. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan mara ke suku akhir selepas mengalahkan satu lagi gandingan kebangsaan Arif Junaidi-Yap Roy King pada saingan pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Changzhou sebentar tadi.

Bagaimanapun Sze Wei-Nur Izzuddin yang berada di ke-7 dunia tidak diberi laluan mudah apabila Arif-Roy King.

Kekalahan 14-21 pada set pertama nyata tidak menjejaskan tumpuan Arif-Roy King yang kembali dengan aksi lebih kemas pada set kedua.

Mereka yang tampil selaku pasangan ke-41 dunia berjaya mencemaskan Sze Wei-Nur Izzuddin.

Bagaimanapun pengalaman nyata dimiliki Sze Wei-Nur Izzuddin apabila mengakhiri cabaran Arif-Roy King selepas pertarungan yang mengambil tempoh 41minit.

Apa yang pasti satu tiket ke separuh akhir kini sudah dalam genggaman Malaysia apabila Sze Wei-Nur Izzuddin dijadual berdepan rakan sepelatih Man Wei Chong-Kai Wun Tee pada suku akhir esok.

Wei Chong-Wun Tee beregu nombor 13 dunia sebelum itu mencipta kejutan menundukkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua 21-18, 21-19

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini