comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei – Izzuddin tersingkir awal lagi 

Foto Facebook BAM

PETALING JAYA: Kesukaran untuk melepasi saingan awal masih gagal diatasi gandingan Goh Sze Fei – Izzuddin Ramsani apabila sekali lagi tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China di Shenzen pagi tadi.

Begitupun kesungguhan Sze Fei dan Izzuddin terbukti apabila bermain baik  pada aksi yang berlarutan tiga set sebelum akur kepada beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.

Permainan sengit bermula sebaik sahaja set pertama menyaksikan pasangan negara menang 23-21.

Namun set kedua beregu Jepun bangkit, juga menerusi aksi mendebarkan dengan kemenangan 24-22.

Set penentuan, nasib nyata tidak menyebelahi Sze Fei – Izzuddin tewas 19-21 pada permainan keseluruhan yang memakan masa 1 jam 20 minit itu.

Pada Kejohanan Masters Jepun di Kumamoto minggu lalu, Sze Fei dan Izzuddin turut terkandas pada pusingan pertama apabila dikalahkan beregu Indonesia, Rahmat Hidayat – Kevin Sanjaya Sukamuljo

Loading...
Terkini