comscore
Tumpuan :
Sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin ke final Terbuka China

PETALING JAYA: Satu lagi wakil negara berjaya ke final Badminton Terbuka China di Changzhou.

Sebentar tadi beregu lelaki gandingan Goh Sze Fei -Nur Izzuddin Rumsani menewaskan pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin pada separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Sze Fei-Nur Izzuddin menang 21-14, 24-22 dalam masa 43 minit.

Terdahulu  beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke final selepas menundukkan pasangan China Cheng Xing-Zhang Chi  21-18,21-18 pada separuh akhir pagi tadi.

Laporan lanjut akan menyusul

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini