comscore
Tumpuan :
Sukan

Tahniah Speedy Tigers, kemenangan suntik skuad hoki negara – Ismail Sabri

Skuad Hoki Kebangsaan melakar sejarah apabila menjulang Piala Sultan Azlan Shah 2022 buat kali pertama.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kejayaan pasukan hoki kebangsaan memenangi Piala Sultan Azlan Shah 2022 akan memberi suntikan semangat buat skuad hoki negara dalam menghadapi Piala Dunia pada tahun hadapan.

Menerusi hantaran Facebook rasmi beliau hari ini, Perdana Menteri berharap kemenangan bersejarah skuad Speedy Tigers itu dapat membakar semangat pemain bagi terus melakar kejayaan kepada negara dan seluruh Keluarga Malaysia.

“Tahniah, Speedy Tigers! Lakaran sejarah baharu buat skuad hoki negara. Kemenangan ke atas Korea Selatan menamatkan penantian 39 tahun negara untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah,” katanya melalui hantaran itu hari ini.

Semalam skuad hoki kebangsaan melakar sejarah menjulang Piala Sultan Azlan Shah 2022 buat kali pertama, apabila menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 dalam aksi final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.

Kemenangan itu menamatkan penantian 39 tahun Speedy Tigers untuk bergelar juara selepas kali terakhir layak ke peringkat akhir pada 2014, namun tumpas kepada Australia 8-3. – BERNAMA

Loading...
Terkini